8 NOV 2014, KRT Indera Mahkota Jaya telah menerima kunjungan tetamu istimewa sempena Program Lawatan Integrasi KRT Daerah Cheras. Rombongan seramai 28 orang telah disambut mesra oleh AJK KRT Indera Mahkota Jaya.
Program ini telah diisikan dengan aktiviti mengacau Asyura dan demonstrasi membuat Puding Raja juga ditayangkan video memaparkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh KRT IMJ.
Diharap program menerima pelawat daripada KRT luar seperti ini akan meningkatkan lagi mutu pengurusan KRT kedua-dua belah pihak.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment