Program Sajian Asyura peringkat KRT IMJ 2013 telah diadakan pada hari Ahad, 24-Nov-2013. Aktiviti gotong-royong bermula jam 8.00 pagi dan disertai oleh kira-kira 50 orang terdiri daripada AJK KRT dan penduduk sekitar taman. Sajian asyura telah disediakan sebanyak 3 kawah dan dikacau secara bergilir-gilir dengan dimasukkan pelbagai ramuan antara beras, kekacang, daging, ayam, manisan dan berbagai ramuan lagi. Setelah kira-kira 6 jam mengacau, maka sajian yang enak telah dapat diagih-agihkan kepada penduduk sekitar. Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment