9-OKT-2014, Satu penilaian peringkat kebangsaan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2014, telah diadakan bagi kategori Skim Rondaan Sukarela di KRT Indera Mahkota Jaya.
Penilaian yang bertujuan mengukur pengurusan SRS Cemerlang telah dibuat oleh 3 orang penal yang dilantik oleh pihak JPNIN Ibupejabat. Seramai kira-kira 50 peronda SRS terlibat semasa penilaian tersebut.
Pembentangan profil SRS telah disampaikan oleh En Muhamad Zuraidi B. Mahasan dengan begitu lancar dan padat.
Semoga SRS IMJ akan berjaya dalam pernilaian tersebut dan di anugerahkan sebagai JOHAN Pengurusan SRS Cemerlang.
Sekian.
No comments:
Post a Comment