Thursday, September 04, 2014

MAJLIS RAMAH MESRA KP PAHANG BERSAMA PERONDA SRS IMJ




3 September 2014- Menjadi tarikh yang amat bermakna kepada seluruh warga KRT Indera Mahkota Jaya (IMJ) khususnya peronda SRS telah menerima Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani.


Beliau yang hadir dalam majlis ramah mesra bersama peronda SRS IMJ turut mengadakan lawatan ke dalam kabin Pusat Rondaan Sukarela dan seterusnya menyampaikan ucapan dan menjawab soalan dalam sesi dialog bersama warga KRT IMJ.

Semasa rondaan berjalan kaki bersama peronda SRS, beliau telah sudi untuk mengunjungi beberapa buah rumah untuk menyampaikan risalah berkaitan keselamatan rumah.

Semoga sesi lawatan pihak berwajib seperti ini akan dapat diadakan lagi dimasa depan bagi meningkatkan semangat peronda SRS dalam memberi khidmat sukarela dalam menjaga keselamatan kawasan IMJ.
Sekian, terima kasih.











































































No comments:

Post a Comment