Monday, September 23, 2013

AJK KRT DAN JIRANITA KE RUMAH WARGA IMJ YANG UZUR.


Sabtu, 21 Sept 2013 - AJK KRT dan Jirannita Indera Mahkota Jaya (IMJ) telah membuat lawatan mesra ke rumah warga IMJ yang uzur. Diketuai oleh pengerusi KRT IMJ, Tuan Haji Kamarulzaman Abd Rahim bersama 11 orang AJK telah berjaya mengunjungi seramai 6 orang warga yang masih dalam keadaan uzur dan beransur pulih. Aktiviti ini bertujuan untuk bertanya khabar serta beramah mesra dengan anggota keluarga yang menjaga dan menguruskan mereka disamping menghulurkan sedikit cenderahati. Antara penyakit yang dihadapi seperti sakit tua, masalah jantung, kencing manis, batu karang, sakit tulang belakang dan sakit buah pinggang.Semoga aktiviti seperti ini akan dapat mengeratkan AJK KRT IMJ dengan masyarakat setempat dan diadakan lagi dimasa akan datang.Sekian, terima kasih.

























No comments:

Post a Comment