Thursday, October 09, 2014

PENILAIAN ANUGERAH PERDANA RUKUN TETANGGA


9-OKT-2014, Satu penilaian peringkat kebangsaan Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2014, telah diadakan bagi kategori Skim Rondaan Sukarela di KRT Indera Mahkota Jaya.

Penilaian yang bertujuan mengukur pengurusan SRS Cemerlang telah dibuat oleh 3 orang penal yang dilantik oleh pihak JPNIN Ibupejabat. Seramai kira-kira 50 peronda SRS terlibat semasa penilaian tersebut.
Pembentangan profil SRS telah disampaikan oleh En Muhamad Zuraidi B. Mahasan dengan begitu lancar dan padat.
Semoga SRS IMJ akan berjaya dalam pernilaian tersebut dan di anugerahkan sebagai JOHAN Pengurusan SRS Cemerlang.
Sekian.































Sunday, October 05, 2014

Program Korban Aidil Adha 1435H

5 Okt 2014 - Program Korban Aidil Adha 1435H KRT Indera Mahkota Jaya telah diadakan pada pagi hari raya Aidil Adha. Sebanyak 5 ekor lembu dan seekor kambing telah dikorbankan. Daging korban telah diagih-agihkan kepada peserta dan orang yang datang membantu serta masyarakat setempat.
Semoga aktiviti ibadah sunat ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang.
Sekian.