Saturday, September 27, 2014
GO TO SAFETY POINT’ (GTSP) PDRM-SHELL
26 Sep 2014 - Peronda SRS Indera Mahkota Jaya telah turut hadir dalam majlis pelancaran ‘GO TO SAFETY POINT’ (GTSP) PDRM-SHELL peringkat negeri Pahang telah diadakan di Stesen Minyak Shell Jalan Bukit Setongkol, Kuantan, Pahang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Senior DCP Dato’ Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang. Tujuan program GTSP diadakan untuk mengeratkan kerjasama sedi ada didalam memberi kesedaran akan pentingnya maklumat keselamatan kepada jiran-jiran berhampiran premis SHELL dan tindakan segera yang perlu diambil oleh kakitangan SHELL semasa berlaku kecemasan. Sekian.
Sunday, September 21, 2014
GOTONG-ROYONG PANGKAS POKOK
20-SEP-2014- Peronda SRS telah bergotong-royong memangkas dahan pokok yang melindungi lampu jalan. Ini adalah untuk memastikan lorong-lorong di kawasan Indera Mahkota Jaya sentiasa diterangi lampu jalan.
Sekian.
Monday, September 08, 2014
PROGRAM SENAMROBIK SEMPENA KAYUHAN CINTA NEGARA
Program senamrobik telah diadakan pada 7 September 2014 bertempat di padang permainan KRT Indera Mahkota Jaya (IMJ). Program yang diadakan sempena ketibaan peserta Kayuhan Cinta Negara anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Kuantan.
Kayuhan basikal yang bermula dari Taman Damansara telah singgah di Taman Impianku sebelum sampai ke KRT IMJ.
Semasa program, surat Watikah Untukmu Malaysia Tercinta telah diserahkan oleh wakil 8 KRT berhampiran termasuk KRT IMJ kepada pegawai perpaduan yang turut-serta.
Pelepasan semua peserta untuk menuju ke destinasi terakhir mereka di perumahan Sg. Isap Perdana telah dilakukan Timbalan Pengerusi KRT IMJ, Tn. Hj Mohd Noor Nawi.
Program seperti ini ternyata telah menyemarakan lagi sambutan bulan kemerdekaan Malaysia ke 57 tahun.
Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)