Saturday, June 14, 2014

MALAM PENILAIAN ANUGERAH SRS CEMERLANG NEGERI PAHANG.


Pada 13-Jun-2014, merupakan malam penentuan bagi pasukan Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Indera Mahkota Jaya dalam usaha untuk dinobatkan sebagai pemenang anugerah SRS Cemerlang peringkat negeri Pahang.


Pasukan pembentang yang diketuai oleh Pengerusi KRT IMJ Tuan Haji Kamarulzaman dan juga pembentang utama Cikgu Zuraidi telah menyampaikan taklimat mengenai kewujudan, kegiatan dan pencapaian SRS kepada panel dengan begitu baik sekali.


Panel penilai terdiri dari wakil PDRM, Pejabat Agama dan MCPF telah membuat penilaian dan melontarkan soalan selepas taklimat diberikan.

Semoga pasukan SRS KRT IMJ akan mendapat penilaian terbaik dan mendapat gelaran pasukan SRS Cemerlang Negeri Pahang.






























No comments:

Post a Comment