Lawatan Muhibbah KRT Indera Mahkota Jaya ke Padang / Bukit Tinggi, Indonesia telah selamat direalisasikan pada 25 - 28 Apr 2014. Seramai 28 orang peserta terdiri daripada AJK dan keluarga telah turutserta dalam lawatan kali ini.
Semasa lawatan ini, peserta dapat melihat, menghayati dan merasa sendiri kehidupan, kebudayaan dan makanan masyarakat Minang.
Alhamdulillah, rombongan yang turut disertai oleh Pengerusi KRT IMJ, Tuan Haji Kamarulzaman Rahim telah berkesempatan untuk mengadakan kunjungan ke Pesantren Terpadu Serambi Mekkah Padang Panjang yang menempatkan pelajar-pelajar Tahfiz. Di sana juga, sedikit sumbangan ikhlas telah disampaikan kepada wakil pesantren.
Semoga lawatan muhibbah seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa depan.
No comments:
Post a Comment