Friday, June 27, 2014

SAMBUTAN HARI PERPADUAN NEGERI PAHANG


Sambutan Hari Perpaduan Peringkat Negeri Pahang telah diadakan pada 26-Jun-2014, bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Indera Mahkota, Kuantan. 

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup dihadiri kira-kira 500 ahli KRT seluruh negeri Pahang.

Dalam majlis tersebut, KRT Indera Mahkota Jaya telah menerima anugerah Johan Pengurusan SRS Cemerlang Negeri Pahang serta Sijil Penghargaan Diatas Kecemerlangan Penggunaan Sistem Maklumat Rukun Tetangga.
Semoga dengan penerimaaan anugerah ini, akan meningkatkan lagi mutu pengurusan KRT IMJ amnya dan pengurusan Skim Rondaan Sukarela khasnya.
Setinggi-tinggi tahniah KRT Indera Mahkota Jaya. 

























Sunday, June 22, 2014

PROGRAM JASAMU DIKENANG KRT IMJ

Program Jasamu Dikenang KRT Indera Mahkota Jaya telah diadakan pada 21-Jun 2014. Program yang dirancang bagi menghargai ahli jawatankuasa KRT bagi sesi 2010-2011 dan sesi 2012-2012 serta individu yang telah banyak menyumbang khidmat kepada KRT IMJ.
Kira-kira 150 orang yang terdiri daripada AJK yang dirai beserta keluarga telah memeriahkan program ini.
Jamuan BBQ kambing dan ayam telah disumbang oleh Timb. Pengerusi KRT IMJ, Tn. Hj Mohd Noor Bin Nawi manakala En Mohammad Bin Ismail telah bermurah hati untuk menyumbang peruntukan pembelian ayam untuk dipanggang. Semua persiapan jamuan diuruskan oleh ahli Jirannita KRT IMJ yang bertungkus-lumus semenjak awal pagi lagi.

Semoga program seperti ini akan dapat diadakan lagi dilain masa kerana ianya dapat mengeratkan silatullrahim dan semangat gotong-royong dikalangan ahli AJK KRT IMJ.