Sunday, May 11, 2014

KELAS MEMASAK NASI BERIANI KRT IMJ.


Kelas memasak nasi berani anjuran kumpulan PERWANI KRT IMJ telah diadakan pada 10-Mei-2014 di Pejabat KRT IMJ. Kelas yang dihadiri oleh 25 orang telah diajar oleh guru yang didatangkan khas dari KEMAS. Beliau telah menunjukkan cara-cara yang betul untuk menyediakan nasi berani ayam.

Semoga kelas yang memberikan maafaat seperti ini kepada warga KRT IMJ akan terus diadakan untuk kebaikan bersama. TQ

































Tuesday, May 06, 2014

LAWATAN MUHIBBAH KRT INDERA MAHKOTA JAYA KE PADANG, INDONESIA


Lawatan Muhibbah KRT Indera Mahkota Jaya ke Padang / Bukit Tinggi, Indonesia telah selamat direalisasikan pada 25 - 28 Apr 2014. Seramai 28 orang peserta terdiri daripada AJK dan keluarga telah turutserta dalam lawatan kali ini. 

Semasa lawatan ini, peserta dapat melihat, menghayati dan merasa sendiri kehidupan, kebudayaan dan makanan masyarakat Minang. 
Alhamdulillah, rombongan yang turut disertai oleh Pengerusi KRT IMJ, Tuan Haji Kamarulzaman Rahim telah berkesempatan untuk mengadakan kunjungan ke Pesantren Terpadu Serambi Mekkah Padang Panjang yang menempatkan pelajar-pelajar Tahfiz. Di sana juga, sedikit sumbangan ikhlas telah disampaikan kepada wakil pesantren.
Semoga lawatan muhibbah seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa depan.