Monday, December 02, 2013

ANUGERAH SRS DEKAT DI HATI.

Sabtu, 30 Nov 2013 - Pasukan SRS KRT Indera Mahkota Jaya telah berjaya menerima anugerah "SRS Dekat Di hati" bagi daerah Kuantan anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang. Anugerah ini disampaikan oleh Menteri di Jabatan Pedana Menteri, YB. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup. Beliau turut menyampaikan beberapa lagi anugerah lain kepada wakil KRT dari seluruh negeri Pahang. Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan SRS IMJ dan semoga anugerah ini akan menjadi pembakar semangat anggota SRS untuk lebih memberi khidmat sukarela kepada warga IMJ. Sekian, terima kasih.














Tuesday, November 26, 2013

PROGRAM SAJIAN ASYURA PERINGKAT KRT IMJ

Program Sajian Asyura peringkat KRT IMJ 2013 telah diadakan pada hari Ahad, 24-Nov-2013. Aktiviti gotong-royong bermula jam 8.00 pagi dan disertai oleh kira-kira 50 orang terdiri daripada AJK KRT dan penduduk sekitar taman. Sajian asyura telah disediakan sebanyak 3 kawah dan dikacau secara bergilir-gilir dengan dimasukkan pelbagai ramuan antara beras, kekacang, daging, ayam, manisan dan berbagai ramuan lagi. Setelah kira-kira 6 jam mengacau, maka sajian yang enak telah dapat diagih-agihkan kepada penduduk sekitar. Sekian, terima kasih