Saturday, August 23, 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KRT IMJ 2014


Majlis Sambutan Hari Raya KRT IMJ telah diadakan pada 22 Ogos 2014. Bertempat di kawasan hadapan dewan KRT telah dihadiri kira-kira 300 orang warga KRT IMJ.

Majlis yang diadakan secara sederhana telah dimulakan dengan salam takziah dengan bertakafur serta bacaan Al Fatihah bagi mengingati dan menghormati mangsa MH17.

Turut diadakan penyampaian hadiah anugerah kecemerlangan akademik sesi 2012 dan 2013 kepada 24 orang anak-anak KRT IMJ disamping penyampaian sumbangan kepada warga KRT IMJ yang akan menunaikan fardu haji.

Semoga majlis seperti ini dapat diadakan setiap tahun kerana ianya dapat menyatukan seluruh penduduk di KRT IMJ.

Sekian, terima kasih.